BULAN KECERGASAN SKBL 2009











GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM YANG BARU

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Pada awal bulan 6 yang lalu,SKBL telah menerima Guru Besar yang baru menggantikan Allahyarham En.Mokhtar bin Mat Nor, iaitu Tn Hj Arif Bin Abd Jabbar.SKBL juga menerima Penolong Kanan HEM yang baru iaitu Pn.Rohani dan Penolong Kanan Kokurikulum,iaitu Pn Sarimah Bt Sharif menggantikan En.Abd Rasid yang telah berpindah ke Ipoh.



SAMBUTAN HARI GURU SKBL 2009
















ANTARA ACARA-ACARA SEPANJANG SAMBUTAN HARI GURU 2009










BINGKISAN UNTUK GURU-GURU SKBL


Bingkisan Buatmu Guru


Jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu
Hilangnya dirindu
Ilmunya diburu
Nasihatnya diseru
Tingkahlakunya ditiru

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Mungkin kita tidak pernah atau jarang menghayatinya. Sempena Sambutan Hari Guru 2009 ini, saya mengajak kepada seluruh warga guru untuk membaca, memahami serta menghayati sajak ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi pendorong kita untuk menjadi guru cemerlang sepanjang perkhidmatan

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Sedikit muhasabah di hari Guru ini,sebagai guru setahap mana kita mendidik anak2 murid kita. adakah sekadar mengajar semata2? seperti sajak di atas .CIKGU.. dialah ibu dialah bapa. bermakna Guru.. perlu mengajar perlu mendidik agar murid2 menjadi MANUSIA. manusia bagaimana yang kita impikan. Imam Al Ghazali mengatakan Ilmu itu Cahaya. Kita mengharapkan cahaya2 ilmu ini akan menyinari anak didik kita, tetapi cahaya yang bagaimana yang kita berikan kepada mereka.Kita sering gelisah dan memikirkan mengapa dan kenapa murid tidak dapat menguasai pembelajaran tidak kiralah samaada matematik, sains, bahasa malaysia/ inggeris, P.Islam, B.Arab dan macam2 lagi. pelbagai kaedah dan cara kita guna pakai untuk menarik minat pelajar seterusnya memudahkan pemahaman mereka.Tetapi....adakah kita terfikir setitip doa buat mereka? adakah kita sebut nama2 mereka di dalam tahajud kita seharian. berapa kali solat tahajud yang kita lakukan saban tahun, bulan dan minggu? adakah kita mendoakan mereka agar hati-hati mereka disimbahi nur cahaya Ilahi, dipenuhi hidayah Allah dibukakan pintu2 ilmu buat mereka?Maaf sekiranya penulis terlanjur berbicara...adakah guru-guru sekalian cukup solat 5 waktu sehari semalam? atau langsung tidak kenal tikar sembahyang sujud menyembah yang Maha Esa. Pahit atau pun tidak perkara yang salah perlu diperbetulkan. Cek solat guru-guru sekelian. Malang sekali kita mahukan mereka menjadi bijak pandai tetapi kita yang membawa diri kita hina di sisi Allah. Adakah Allah akan menunaikan permintaan kita untuk melahirkan anak2 yg cemerlang sekiranya hak2 Allah tidak kita tunaikan. Sempena hari Guru yang disambut penuh kemeriahan ini saya menyeru kepada semua guru tidak kira dimana kita ditempatkan hubungan kita dengan Allah teramat penting dalam kita membentuk dan mendidik anak2 murid kita. Sekiranya diri guru itu sendiri bersih dan rapat dengan Allah maka tiada istilah sukar untuk melahir kan generasi Al Khawarizmi yang bijak matematik, generasi Ibnu Sina yang mengusai perubatan, generasi Al Farabi dan sebagainya.Ingatlah para guru sekelian, dengan usaha didikan seorang yang bernama guru lahirnya pelbagai golongan yang terdidik.Sabda Rasulullah S.A.W :"Andai ditimbang tinta pena para guru dengan darah para syuhada, maka lebih berat pahala guru daripada pahala syuhada. Barang siapa yang menziarahi seorang guru maka seolah-olah dia menziarahiku dan barang siapa yang berjabat tangan dengan guru, maka seolah-olah dia berjabat tangan denganku."

SELAMAT HARI GURU!

Gambar Pusat Sumber SKBL
















MSSPK BOLA SEPAK DAN BOLA BALING

SKBL telah menghantar pasukan Bola Sepak dan Bola Baling ke pertadingan MSSPK Daerah. Pasukan Bola Baling hanya sekadar penyertaan dalam pertandingan tersebut,manakala Bola Sepak telah menjadi Johan Daerah. Tahniah diucapakan kepada jurulatih Bola Sepak iaitu En.Azlin di atas pengorbanan dan semangat yang tidak pernah jemu melatih pasukan SKBL hingga berjaya mendapat johan Daerah.